Powered by Blogger.
****اهلا وسهلا الى موقع الرسمي لمعهد الديني الإسلامي العالي تنكو امفوان رحيمة بنتينج سلانجور دارالإحسان***

PERMOHONAN KEMASUKAN

1. Jenis-jenis sekolah yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

1.1 Pra Sekolah (5-6 tahun).
1.2 KAFA Integrasi (7-12 tahun).
1.3 Sekolah Rendah Agama (SRA) (7-12 tahun).
1.4 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) (7-12 tahun).
1.5 Sekolah Agama Menengah (SAM) (13-19 tahun).
1.6 Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) (13-17 tahun).
1.7 Maahad Integrasi Tahfiz dan Turath Selangor (MITS) (13-18 tahun).

2. Bagaimanakah cara untuk memohon masuk ke sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor? 

2.1 Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA),
Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI),
Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi),
Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan
sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor
atau di pejabat agama islam daerah yang berdekatan.

2.2 Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.
*** SAMTTAR tidak ada mengeluarkan sebarang borang permohonan.

3. Syarat utama kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor

wajib lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) minimum 80% (Jaiyid Jiddan). Pemilihan pelajar berdasarkan peratus diputuskan sepenuhnya oleh  JAIS. Pihak sekolah hanya menerima senarai nama pelajar yang diserahkan oleh pihak JAIS.

4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)

4.1 Sekiranya pemohon merupakan murid Sekolah-sekolah Agama Menengah Kerajaan Negeri Selangor boleh mendaftar melalui sekolah masing-masing menggunakan borang yang diedarkan ke sekolah-sekolah.
4.2 Sekiranya pemohon adalah dari luar (bukan murid SAM/SAMT) boleh mendaftar menggunakan borang yang boleh diperolehi melalui Portal Pendidikan JAIS; http//: pendidikan.jais.gov.my atau boleh diperoleh dari Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah (Unit Pendidikan Islam) atau di Bahagian Pendidikan Islam, Ibu Pejabat JAIS.

5. Tarikh pendaftaran dan tawaran kemasukan belajar di Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)

5.1 Pendaftaran boleh dibuat mulai Bulan Mei dan ditutup pada Julai setiap tahun. Tawaran akan mula dikeluarkan dalam bulan September dan mereka yang tidak mendapat tawaran atau maklumbalas selepas bulan September adalah dianggap tidak berjaya.

6. Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak mendapat tawaran? 

6.1 Rayuan hanya boleh dibuat dalam bulan Disember untuk diproses dan sekiranya berjaya akan ditawarkan dalam bulan Januari tahun berikutnya.

7. Saya tidak mendapat maklumat dan terlepas tarikh pendaftaran Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) yang telah ditetapkan, bolehkah saya membuat rayuan permohonan?

7.1 Bagi mereka yang telah terlewat masih boleh mendaftar sebagai calon STAM tetapi sebagai Calon Persendirian.

8. Bagi calon persendirian adakah masih perlu mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor?

8.1 Untuk mendaftar STAM sebagai calon persendirian, permohonan perlu dibuat melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) di Sektor Penilaian dan Peperiksaan.

9. Apakah Syarat permohonan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM)?

9.1 Bagi calon yang memohon mereka perlu mempunyai kelulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau kelulusan lain yang setaraf dan telah mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun permohonan
dibuat.

Read more...

Popular Posts

Search Quran

Blog Archive

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP