Program Motivasi "Kau Boleh!"
Friday, 23 March 2012
PENGENALAN
Program ini merupakan satu program motivasi khas untuk calon-caon PMR, SMA, SPM, STAM dan STPM sesi 2012. Menyedari hakikat bahawa pembangunan seseorang individu bukan sahaja dilihat dalam aspek fizikal dan mental, maka aspek spiritual individu juga sangat perlu dibangunkan agar wujud keseimbangan dalam pembangunan diri mereka. Oleh yang demikian program ini amat bertepatan dengan kehendak seseorang pelajar yang masih tercari-cari tujuan dan fokus arah kehidupan mereka.
OBJEKTIF
- Memberi suntikan motivasi pertama kepada murid untuk menghadapi peperiksaan.
- Mendedahkan murid teknik belajar efektif
- Melonjakkan keyakinan untuk berjaya dengan cemerlang berdasarkan sikap optimistik terhadap potensi diri mereka.
- Merangsang usaha pembelajaran ke arah hala tuju kecemerlangan dengan fokus kepada sesi kesedaran dalaman.