Powered by Blogger.
****اهلا وسهلا الى موقع الرسمي لمعهد الديني الإسلامي العالي تنكو امفوان رحيمة بنتينج سلانجور دارالإحسان***
Showing posts with label KAUNSELING. Show all posts
Showing posts with label KAUNSELING. Show all posts

PROGRAM MUKHAYYAM ILMI KHUSUS UNTUK CALON PMR 2013

Friday, 31 May 2013

 

3.0      OBJEKTIF
3.1       Menyediakan pelajar-pelajar tingkatan  tiga dengan persiapan untuk menghadapi PMR yang bakal menjelang.
3.2   memberikan pendekatan bimbingan khusus ”mentor mentee” kepada kumpulan pelajar khususnya tingkatan tiga.
3.3     membolehkan  pelajar-pelajar tingkatan  tiga  mengulang kaji secara berkumpulan dengan pemantauan mentor dan guru subjek.
3.4       memantapkan calon-calon dengan bentuk soalan untuk subjek terpilih melalui latih tubi.
           
4.0       ANJURAN
Unit Kurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis dibawah kendalian Unit Pakej Ke Arah Kecemerlangan dan Bimbingan Akademik, kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling(UBK).

5.0       KUMPULAN SASAR

Semua calon PMR seramai 208 orang.



Read more...

2013 : Pelancaran Program lil Mutafawwiqin wal Bahirin

Monday, 25 February 2013

Tarikh : 24 Febuari 2013
Masa ; 8.30-12.00 pm
Tempat : Dewan Al-Ghazali SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sg. Manggis
Anjuran Unit Kurikulum, KAA, UBK & PIBG SAMTTAR.


Program ini dirancang oleh unit kurikulum dengan kerjasama KAA, UBK dan PIBG bagi memastikan kecemerlangan sentiasa diraih oleh pelajar KAA terutamanya yang akan menduduki PMR, SMA dan SPM. Melalui program ini adalah diharapkan dapat memberi kesan yang besar dan mendalam pada jiwa pelajar supaya lebih bersemangat dan berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

Objektif :
  1. membina keyakinan dan kesedaran bahawa mereka berpotensi menjadi individu, pelajar dan pemimpin cemerlang.
  2. Mewujudkan komunikasi yang berkesan dan kerjasama yang padu antara calon, ibu bapa dan pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan akademik pada tahun 2013.
  3. Meningkatkan dan mengukuhkan motivasi diri seterusnya melabelkan diri mampu mencapai kecemerlangan.
  4. Menjalinkan hubungan silaturrahim antara calon, ibubapa dengan pihak sekolah.
Sasaran :
calon PMR : 39 orang
Calon SMA : 37 orang
Calon SPM : 31 orang

Program ini telah dihadiri oleh 73 orang ibubapa penjaga dan 94 orang pelajar. Perasmi ialah Encik Yusri Dahrumi Timbalan PPPD Pengurusan Akademik Kuala Langat, manakala penceramah jemputan En, Ibrahim Abd. Rahman dengan ceramah bertajuk 'Keluarga Cemerlang, Pelajar Gemilang'. Program berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengahahri.


Liputan bergambar rujuk di sini

Read more...

Program Maju Diri "Teknik Belajar Berkesan" 2013

Saturday, 2 February 2013

2 Febuari 2013 (Sabtu)
8:00-6:00 petang
Dewan Al-Ghazali SAMTTAR
Pelajar terlibat : tingkatan 3,4,5 dan 6 (700 pelajar)
Penceramah/ Perunding Utama : Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad, Ph.D

Program Maju Diri merupakan program yang memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan teknik-teknik belajar yang berkesan kepada pelajar untuk persediaan dalam menghadapi pembelajaran.

OBJEKTIF

  1. Memberikan motivasi kepada pelajar agar lebih bersemangat untuk belajar
  2. Mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik belajar yang berkesan
  3. Membentuk pelajar yang bermatlamat dan berfikiran positif
  4. Menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dan dipelajari.
  5. Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
Program anjuran PIBG, kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.


Read more...

Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2013

Thursday, 3 January 2013


Tarikh : 2-4 Januari 2013
Hari : Rabu-Jumaat
Tempat : Dewan Al-Ghazali

Dalam program ini pelajar-pelajar diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang latar belakang sekolah, lokasi-lokasi tertentu dan peraturan-peraturan serta disiplin sekolah yang wajib dipatuhi. Para pelajar juga diberikan motivasi untuk mereka menjalani pembelajaran dan menyesuaikan diri bersama rakan-rakan yang baru. Seramai 140 orang pelajar tingkatan 1 ambilan pertama mengikuti MST1 yang berlangsung selama 3 hari dibawah kendalian unit Kaunseling.

laporan bergambar klik disini

Read more...

Program Motivasi "Kau Boleh!"

Friday, 23 March 2012


PENGENALAN

Program ini merupakan satu program motivasi khas untuk calon-caon PMR, SMA, SPM, STAM dan STPM sesi 2012. Menyedari hakikat bahawa pembangunan seseorang individu bukan sahaja dilihat dalam aspek fizikal dan mental, maka aspek spiritual individu juga sangat perlu dibangunkan agar wujud keseimbangan dalam pembangunan diri mereka. Oleh yang demikian program ini amat bertepatan dengan kehendak seseorang pelajar yang masih tercari-cari tujuan dan fokus arah kehidupan mereka.

OBJEKTIF

  1. Memberi suntikan motivasi pertama kepada murid untuk menghadapi peperiksaan.
  2. Mendedahkan murid teknik belajar efektif
  3. Melonjakkan keyakinan untuk berjaya dengan cemerlang berdasarkan sikap optimistik terhadap potensi diri mereka.
  4. Merangsang usaha pembelajaran ke arah hala tuju kecemerlangan dengan fokus kepada sesi kesedaran dalaman.

Read more...

Minggu Orientasi 6B STAM

Saturday, 14 January 2012

Minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 6B STAM telah diadakan di Dewan Al-Ghazali dari hari Rabu-Jumaat (11-13 Januari 2012). Semoga semua pelajar yang terlibat mendapat manfaat dari program yang diadakan. Turut diundang pada hari tersebut tenaga pengajar berbangsa arab dari MITS Kelang.

Read more...

Minggu Orientasi Tingkatan 1

Friday, 6 January 2012


Minggu Orientasi Tingkatan 1 bermula Jumaat-Selasa (6,9 & 10 Januari 2012) bertempat di Dewan Al-Ghazali. Dikendalikan oleh Pn. Marina Depong Ong dan Pn. Aishah Arbain di bawah Unit Kaunseling. Objektifnya adalah untuk memberikan pendedahan lebih lanjut tentang sekolah dan menimbulkan semangat sempena memasuki alam persekolahan yang baru kepada semua pelajar Tingkatan 1.

Read more...

Popular Posts

Search Quran

Blog Archive

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP