Powered by Blogger.
****اهلا وسهلا الى موقع الرسمي لمعهد الديني الإسلامي العالي تنكو امفوان رحيمة بنتينج سلانجور دارالإحسان***

2013 : Pelancaran Program lil Mutafawwiqin wal Bahirin

Monday 25 February 2013

Tarikh : 24 Febuari 2013
Masa ; 8.30-12.00 pm
Tempat : Dewan Al-Ghazali SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sg. Manggis
Anjuran Unit Kurikulum, KAA, UBK & PIBG SAMTTAR.


Program ini dirancang oleh unit kurikulum dengan kerjasama KAA, UBK dan PIBG bagi memastikan kecemerlangan sentiasa diraih oleh pelajar KAA terutamanya yang akan menduduki PMR, SMA dan SPM. Melalui program ini adalah diharapkan dapat memberi kesan yang besar dan mendalam pada jiwa pelajar supaya lebih bersemangat dan berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

Objektif :
  1. membina keyakinan dan kesedaran bahawa mereka berpotensi menjadi individu, pelajar dan pemimpin cemerlang.
  2. Mewujudkan komunikasi yang berkesan dan kerjasama yang padu antara calon, ibu bapa dan pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan akademik pada tahun 2013.
  3. Meningkatkan dan mengukuhkan motivasi diri seterusnya melabelkan diri mampu mencapai kecemerlangan.
  4. Menjalinkan hubungan silaturrahim antara calon, ibubapa dengan pihak sekolah.
Sasaran :
calon PMR : 39 orang
Calon SMA : 37 orang
Calon SPM : 31 orang

Program ini telah dihadiri oleh 73 orang ibubapa penjaga dan 94 orang pelajar. Perasmi ialah Encik Yusri Dahrumi Timbalan PPPD Pengurusan Akademik Kuala Langat, manakala penceramah jemputan En, Ibrahim Abd. Rahman dengan ceramah bertajuk 'Keluarga Cemerlang, Pelajar Gemilang'. Program berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengahahri.


Liputan bergambar rujuk di sini

Post a Comment

Popular Posts

Search Quran

Blog Archive

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP