Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts
2013 : Pelancaran Program lil Mutafawwiqin wal Bahirin
Monday, 25 February 2013
Tarikh : 24 Febuari 2013
Masa ; 8.30-12.00 pm
Tempat : Dewan Al-Ghazali SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sg. Manggis
Anjuran Unit Kurikulum, KAA, UBK & PIBG SAMTTAR.
Program ini dirancang oleh unit kurikulum dengan kerjasama KAA, UBK dan PIBG bagi memastikan kecemerlangan sentiasa diraih oleh pelajar KAA terutamanya yang akan menduduki PMR, SMA dan SPM. Melalui program ini adalah diharapkan dapat memberi kesan yang besar dan mendalam pada jiwa pelajar supaya lebih bersemangat dan berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang.
Objektif :
- membina keyakinan dan kesedaran bahawa mereka berpotensi menjadi individu, pelajar dan pemimpin cemerlang.
- Mewujudkan komunikasi yang berkesan dan kerjasama yang padu antara calon, ibu bapa dan pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan akademik pada tahun 2013.
- Meningkatkan dan mengukuhkan motivasi diri seterusnya melabelkan diri mampu mencapai kecemerlangan.
- Menjalinkan hubungan silaturrahim antara calon, ibubapa dengan pihak sekolah.
Sasaran :
calon PMR : 39 orang
Calon SMA : 37 orang
Calon SPM : 31 orang
Program ini telah dihadiri oleh 73 orang ibubapa penjaga dan 94 orang pelajar. Perasmi ialah Encik Yusri Dahrumi Timbalan PPPD Pengurusan Akademik Kuala Langat, manakala penceramah jemputan En, Ibrahim Abd. Rahman dengan ceramah bertajuk 'Keluarga Cemerlang, Pelajar Gemilang'. Program berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengahahri.
Liputan bergambar rujuk di sini
Labels:
KAUNSELING,
KURIKULUM,
PIBG
Program Maju Diri "Teknik Belajar Berkesan" 2013
Saturday, 2 February 2013
2 Febuari 2013 (Sabtu)
8:00-6:00 petang
Dewan Al-Ghazali SAMTTAR
Pelajar terlibat : tingkatan 3,4,5 dan 6 (700 pelajar)
Penceramah/ Perunding Utama : Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad, Ph.D
OBJEKTIF
- Memberikan motivasi kepada pelajar agar lebih bersemangat untuk belajar
- Mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik belajar yang berkesan
- Membentuk pelajar yang bermatlamat dan berfikiran positif
- Menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dan dipelajari.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
Program anjuran PIBG, kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Read more...
Labels:
Aktiviti SAMTTAR,
KAUNSELING,
KURIKULUM,
PIBG
Seminar Memperkasa Dan Menggerak Peranan Ibu Bapa Dan Guru
Saturday, 23 June 2012
Penceramah Jemputan tidak asing lagi : Prof Dr. Muhaya Mohamad & Adiknya Pn. Mastura Mohamad
7 July 2012
Hotel Gold Course Klang
Gambar penuh sekitar hari Seminar klik di sini
Gambar penuh sekitar hari Seminar klik di sini
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN PENUH
Read more...
Program Motivasi "Kau Boleh!"
Friday, 23 March 2012
PENGENALAN
Program ini merupakan satu program motivasi khas untuk calon-caon PMR, SMA, SPM, STAM dan STPM sesi 2012. Menyedari hakikat bahawa pembangunan seseorang individu bukan sahaja dilihat dalam aspek fizikal dan mental, maka aspek spiritual individu juga sangat perlu dibangunkan agar wujud keseimbangan dalam pembangunan diri mereka. Oleh yang demikian program ini amat bertepatan dengan kehendak seseorang pelajar yang masih tercari-cari tujuan dan fokus arah kehidupan mereka.
OBJEKTIF
- Memberi suntikan motivasi pertama kepada murid untuk menghadapi peperiksaan.
- Mendedahkan murid teknik belajar efektif
- Melonjakkan keyakinan untuk berjaya dengan cemerlang berdasarkan sikap optimistik terhadap potensi diri mereka.
- Merangsang usaha pembelajaran ke arah hala tuju kecemerlangan dengan fokus kepada sesi kesedaran dalaman.
Labels:
Aktiviti SAMTTAR,
KAUNSELING,
KURIKULUM,
PIBG
Mesyuarat Agung PIBG 2012
Friday, 10 February 2012
Ibu Bapa dijemput hadir.
Sila ke facebook rasmi SAMTTAR untuk melihat gambar selanjutnya.
Read more...
Sila ke facebook rasmi SAMTTAR untuk melihat gambar selanjutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)













