Powered by Blogger.
****اهلا وسهلا الى موقع الرسمي لمعهد الديني الإسلامي العالي تنكو امفوان رحيمة بنتينج سلانجور دارالإحسان***

Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SAMTTAR

Thursday 28 February 2013

SAMTTAR  : Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 26 Feb 2013 (Selasa) sempena perpindahan mantan pengetua SAMTTAR, tuan Hj. Mohd Zaki B. Rajikin yang telah berpindah tempat bertugas di SAM Bandar Baru Salak Tinggi pada bulan Disember 2012 yang lalu. Semua guru dan pelajar menjayakan majlis tersebut.

Beliau telah berkhidmat di SAMTTAR selama 11 tahun 9 bulan 1 hari, bermula dari 15/2/2001 sehingga 16/11/2012. Sepanjang tempoh itu telah banyak jasa dan bakti yang beliau curahkan untuk memajukan, membangunkan serta mengharumkan nama SAMTTAR. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. 

Semoga Allah SWT memberikan kesihatan dan kekuatan untuk beliau melaksanakan amanah dan tanggungjawab walau di mana jua ditugaskan seterusnya menjadi amalan soleh yang diberkati. 


Post a Comment

Popular Posts

Search Quran

Blog Archive

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP