KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL)
Thursday, 1 March 2012
PENDAHULUAN
Kemahiran Amal Islami ( KAMIL ) adalah merupakan salah satu aktiviti atau program tahunan bagi SAMTTAR Sungai Manggis. Program ini bagi mencungkil bakat pelajar SAMTTAR disamping mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru, pelajar dan kakitangan serta semua mereka yang terlibat.
OBJEKTIF
Kemahiran Amal Islami ini diadakan dengan tujuan seperti berikut :
- Memupuk minat dan meningkatkan serta mengasah bakat peajar.
- Menyuburkan semangat cintakan budaya Islam dan amal Islami.
- Menilai sejauh mana pelajar dapat menguasai nilai-nilai Islam dalam aktiviti KAMIL.
- Melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdisiplin
PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini akan dijalankan dalam bentuk pertandingan yang akan disertai oleh pelajar-pelajar SAMTTAR. Pelajar akan dibahagikan kepada 4 Firqah, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, untuk bertanding bagi memilih wakil SAMTTAR ke pertandingan peringkat zon.